4 Sebab Perigi Cari Timba & 4 Tip Cara Menawan Timba.

‘Sudi awak jadi pasangan saya’? Jika ungkapan ini dilafazkan si lelaki, tiada apa yang peliknya bukan? Namun, bila wanita pula yang menuturkannya, agak janggal sedikit. Dalam konteks masa kini, wanita tersebut digelar ‘perigi mencari timba’. Kenapa dan atas dasar apa wanita sanggup bertindak sejauh demikian?.

1. Tekanan.

Ya, tekanan umur yang semakin senja membuatkan wanita tiada pilihan lain. Ibarat menunggu bulan jatuh ke riba, namun tidak muncul. Tanpa timbang tara, wanita tersebut terus bertindak menjejaki pilihan hati. Tanpa mempedulikan persepsi luar, menanti pujuk rayu sang lelaki bukan lagi satu pilihan.

2. Mentaliti.

Mentaliti kaum wanita masa kini yang ditusuk anggapan lelaki ‘berkualiti’ semakin kurang adalah salah satu sebabnya. Tidak mahu lagi terus berteka-teki, sesiapa sahaja di depan mata yang dirasakan layak, wanita tidak teragak-agak untuk terus bertindak.

3. Desakan ibu bapa.

Desakan ibu bapa juga boleh mempengaruhi sang wanita untuk berperang memikat hati si dia. Dengan leteran yang tiada tentu titik noktahnya, walaupun niat di hati masih lagi belum bersedia, namun wanita terpaksa jua merelakannya.

4. Takut dilabel ‘andartu’

Tidak mahu lagi ditawan jolokan ANDARTU (anak dara tua) oleh ibu bapa serta kenalan. Apa lagi yang wajar dilakukan melainkan terus merancang memikat si teruna.

Sumber redaksi.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *