Patutlah dua kali tolak jadi Mat Kilau, Rupanya Ini perangai Adi Putra dulu…

 

Akukah Tanggang adalah sebuah siri drama tahun 2008, arahan Mohd Hitler Zami. Dibintangi oleh Adi Putra, Fasha Sandha dan ramai lagi. Drama ini mengisahkan samseng sekolah dan anak derhaka bernama Ridzuan, merupakan anak kepada Pak Hamid dan Radziah. Pada masa kelahiran, Ridzuan tidak banyak mengaji. Beliau merupakan sepupu kepada Adibah, dan di sekolah tempat yang sama dengan Umar dan Karisa. Karisa tidak suka kepada Ridzuan kerana sikap buruknya. Namun 10 tahun kemudian, Ridzuan berkahwin dengan Karisa.

Dato’ Mohamed Hadi Putera Bin Halim atau lebih dikenali sebagai Adi Putra merupakan seorang pelakon dan penyanyi Singapura. Beliau dilahirkan pada 26 Februari tahun 1981, berasal dari Singapura. Beliau membuat penampilan sulung di televisyen Singapura pada tahun 2002 menerusi drama Cinta Bollywood 2, dan terkenal menerusi filem KL Gangster yang memegang watak sebagai Jai. Baru-baru ini beliau ditular dengan lakonan yang beliau lakonkan dalam filem Mat Kilau telah mendapat sambutan hangat dari penonton.


Dalam video klip ini menunjukkan babak lakonan Adi Putra dalam drama Akukah Tanggang, beliau memegang watak sebagai Ridzuan. Namun watak beliau yang menjadi budak sekolah itu telah mendapat perhatian ramai. Lakonan Adi Putra juga dipuji dengan lakonannya yang berbakat dan spontan. Oleh itu, watak Mat Kilau masih diingati peminat dan menjadi bahan lawak diruangan komen.

Lihat klip durasi pendek lakonan Adi Putra..

@AXIZS:perjuangan jai dari zaman sekolah ke gangster

@Bdx:Jai ketika bdx2, dh besar jdi gengster,dh taubat jadi mat kilau

@who’s sha?:lain mcm mat kilau kita ni HAHAHAHAH

@rizzqal19:np la nama aq jgk jadi mangsa… ejaan sama plk tu rizwan..tapi aq ada dua z

@Hario:jai sebelum terjebak dalam bidang gengster

@Bella Anne:kelakar la wei.aku selama ni tak minat pun adiputra berlakon,sejak jadi mat kilau ni terasa mcm ok gak mamat ni

@𝙈𝘼𝙉 :(:cakap dgn cg mcm cakap dgn mak je dibuatnya

@Arigato:Mesti lepas grad skolah dia amek course kepahlawanan sebabtu dah besar jd mat kilau

@suhaila:dia pun tak tau dia akan jadi mat kilau di masa hadapan

@:):“bukannya aku mati, busuk busuk pon kena buang sekolah”

Netizen turut memberi kata-kata yang positif diruangan komen, mengatakan terhibur melihat watak beliau menjadi budak sekolah di dalam drama Akukah Tanggang. Namun watak Mat Kilau pula berjaya menarik perhatian ramai. Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 351.5K penonton, 36.0K sukaan dan 108 komen.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Video

Sumber: Daebakingz, Wikipedia dan TikTok, Rotikaya news

 

Artikel Sebelumnya,

Pasangan hidup adalah salah satu dari stesen perjalanan dalam kehidupan bagi semua manusia. Di sanalah kehidupan baru dimulakan, lengkap dengan semua jenis pelajaran yang akan membuat manusia tahu apa itu erti kebahagiaan yang sebenarnya. Dengan perkahwinan, rezeki seseorang itu akan semakin luas. Melalui perkahwinan juga, seseorang itu akan semakin matang dan peluangnya semakin luas untuk membuat pahala. Jodoh yang tidak kunjung tiba disaat usia semakin meningkat. Bagi sesetengah orang, disinilah bermulanya ujian dalam kehidupan. Disaat usia yang berjalan tak dapat lagi diberhentikan, namun jodoh dan pelengkap hidupnya tidak kunjung datang, disaat itu pula kegundahan hati menjadi parah. Diri yang masih belum berpunya pula menjadi isu terbesar dalam hidup. Mungkin pelbagai cara telah kita lakukan. Pelbagai ikhtiar sudah diusahakan. Namun masih belum berhasil. Mari kita berhenti sejenak, dan berfikir secara tenang dengan dada yang lapang. Memang tak ada sesiapapun yang ingin melalui ujian seperti ini. Namun bukankah takdir itu sudah ditetapkan dan Allah SWT juga tidak akan memberi ujian yang melampui kemampuan hambanya?

Menurut adat kehidupan ni, seseorang yang menanam, maka dia jugalah yang akan menuainya. Dia yang berusaha, maka dia jugalah yang akan peroleh hasil tanamannya. Jadi pepatah ini juga satu simbol merujuk kepada sesiapa yang ada matlamat dan berusaha, maka dia akan peroleh apa yang dia hajat. Rezeki itu perlu dicari, ia tidak akan datang bergolek sendiri. Begitu jugalah dengan perkahwinan. Perkahwinan, ia bukanlah nasib semata-mata. Ia perlu dicari, dijemput dan diusahakan mendapatkannya. Kerana perkahwinan itu adalah rezeki. Oleh itu jangan kita berputus asa ditengah jalan walaupun sudah bertahun-tahun mencuba.

Petua dan Amalan Untuk Mempercepatkan Jodoh.

 

1. Memperbetulkan kembali niat kita.

 

Dalam apa-apa pun perkara, semuanya kembali kepada niat kita. Berbalik kepada konteks artikel ini, jika niat kita ikhlas, maka kita pun akan mendapatkan sesuai dengan apa yang kita niatkan. Jika kita berniat mendapatkan jodoh kerana lillahi ta’ala, semata hanya kerana Allah, maka InsyaAllah, Allah juga akan mentakdirkan kita untuk bertemu dengan seseorang yang juga memiliki niat yang sama.

 

2. Muhasabah diri dan reflek kembali untuk melihat sebarang kekurangan pada diri.

2. Muhasabah diri dan reflek kembali untuk melihat sebarang kekurangan pada diri.

 

Jika anda ingin membeli sebuah beg, pasti anda akan memilih beg paling cantik, diantara semua beg yang terdapat di pasaraya bukan? Tidak mengapa, tiada salahnya. Kerana itu sudah lumrah manusia ingin mendapat sesuatu yang paling cantik semampu dirinya. Begitu jugalah berkenaan dengan soal jodoh. Kalau sampai sekarang anda belum bertemu calon pasangan, maka ada baiknya anda melihat kembali diri sendiri, mengesan apa yang kurang pada diri anda. Kekurangan luaran sebenarnya bukanlah masalah besar, asal kita berusaha untuk tampil kemas dan berpenampilan lebih menarik. Penampilan ini merupakan faktor yang agak penting dalam mencari jodoh. Mulailah untuk memperbaiki penampilan anda dengan berpakaian kemas, merapikan rambut, memakai wangian, deodorant, bersukan, diet, dan lain-lain perkara lagi. Tampilkan diri anda dalam keadaan sebaik yang mungki

3. Tingkatkan percaya diri dan buangkan rasa malu tidak bertempat.

Bagaimana anda ingin dipercaya orang lain kalau anda tidak percaya pada diri anda sendiri? Jangan pernah menyerah dalam mendapatkan jodoh, jika anda merasa putus asa atau menghadapi kegagalan, maka anda harus segera bangkit lagi. Selalu yakin bahawa anda akan bertemu jodoh idaman. Yakinkanlah dia bahawa anda adalah orang terbaik untuk mendampinginya. Yakin diri dengan jodoh. Buangkan rasa malu yang tidak bertempat. Malu itu perlu, tetapi jika malu tidak bertempat ia akan menyusahkan diri sendiri. Bukankah apa yang kita lakukan itu adalah sesuatu yang benar dan baik menurut agama? Jadi mengapa mesti malu? Buatlah suatu komitmen yang harus anda penuhi. Kejayaan anda ditentukan oleh niat dan semangat anda sendiri. Allah maha pengatur, pasti akan mempertemukan kita dengan orang yang memberikan kebahagiaan seperti yang kita angankan. Bahkan mungkin lebih dari yang kita harapkan. Be positive thinking. Tiada sebab untuk bersedih.

Sumber :Redaksi.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *