15 Soalan Sebelum Kahwin Supaya Tidak Tersalah Pilih Pasangan.

Walaupun ramai orang yang selalu anggap perkahwinan sebagai kemuncak cinta setelah sekian lama berkenalan, sebenarnya terdapat banyak lagi sebab seseorang menerima perkahwinan. Ada yang kahwin sebab cinta, ada yang berkahwin sebab ditekan oleh orang tua, ada yang berkahwin sebab harta, ada yang kahwin sebab keturunan, ada yang kahwin sebab sunyi, ada yang berkahwin sebab rasa usia dah lanjut, dan macam-macam lagi. Apa pun sebab anda, anda harus sedar yang perkahwinan adalah komitmen sepanjang hidup, jadi pemilihan pasangan yang betul adalah urusan serius. Pastikan anda pilih dengan sebaiknya supaya tak menyesal di kemudian hari. Nah kami senaraikan 45 soalan anda perlu tanya pada calon pasangan untuk bantu anda buat keputusan dengan bijak;

1. Apa makna perkahwinan bagi anda?

2. Pernahkan anda berkahwin sebelum ini?

3. Anda pernah bercinta sebelum ini?

4. Jika ya, bagaimana hubungan tersebut berakhir?

5. Kenapa anda pilih saya sebagai calon pasangan?

6. Apa yang anda harapkan dari sebuah perkahwinan?

7. Apa rancangan hidup anda, di jangka masa dekat dan jauh?

8. Apa prinsip hidup anda?

9. Apa peranan agama dalam hidup anda?

10. Dari mana anda selalu belajar tentang agama?

11. Apa yang anda harapkan dari pasangan hidup anda dari segi agama?

12. Didikan agama yang bagaimana yang anda boleh berikan pada pasangan anda?

13. Apa peranan seorang isteri?

14. Apa peranan seorang suami?

15. Apa hobi anda di masa lapang?

Sumber redaksi.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *